"Salam Aidilfitri. Guru-guru dan Pentadbir STO doakan anak-anak semua bergembira dan semoga kita bertemu lagi di sekolah dengan semangat baharu." | "Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui,"

SPM Countdown

Fogging @ STO: Langkah Proaktif Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Sekolah

event

Fogging @ STO: Langkah Proaktif Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Sekolah

SMK Putrajaya Presint 16(1) telah menjalankan aktiviti Fogging @ STO pada 21 Februari 2025 (Jumaat), dari jam 6:10 hingga 6:45 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) dalam usaha mencegah penyebaran penyakit bawaan nyamuk dan memastikan persekitaran sekolah yang lebih selamat dan sihat untuk semua warga sekolah.