"Salam Aidilfitri. Guru-guru dan Pentadbir STO doakan anak-anak semua bergembira dan semoga kita bertemu lagi di sekolah dengan semangat baharu." | "Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui,"

SPM Countdown

Pertukaran Pendidikan Antarabangsa: Lawatan Rasmi Yayasan Al Ulum Terpadu, Indonesia

event

Pertukaran Pendidikan Antarabangsa: Lawatan Rasmi Yayasan Al Ulum Terpadu, Indonesia

SMK Putrajaya Presint 16(1) dengan hormatnya menerima kunjungan rasmi Yayasan Amanah Karamah Perguruan Islam Al Ulum Terpadu Medan Indonesia pada 20 Februari 2025 (Khamis), jam 8:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat sekolah. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan akademik dan pertukaran budaya antara kedua-dua institusi, selaras dengan aspirasi pendidikan global.