Memastikan setiap murid mendapat peluang pendidikan dan layanan sama rata serta berkualiti. Memastikan kemenjadian murid dari aspek kepimpinan
Mewujudkan jalinan dan jaringan kerjasama serta hubungan mesra antara guru, ibu bapa dan komuniti melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
Menyediakan landasan kerjasama sektor sekolah dengan pemain industri yang mampu membantu mewujudkan pembangunan digitalisasi, SDG2030 dan kepimpinan melalui aspirasi karamah insaniah.
Berusaha meningkatkan imej sekolah sebagai TRANSFORMASI dan SEKOLAH LESTARI STEM yang cemerlang dari kaca mata dunia pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) terletak di Presint 16, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada awalnya sekolah ini diberi nama SMK Putrajaya 3 kerana ia merupakan sekolah menengah ke-3 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sekolah ini memulakan operasi pada tanggal 6 Januari 2003. Lokasi sekolah ini terletak di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Keluasan SMK Putrajaya 3 ialah kira-kira 12.5 hektar dan mempunyai 6 blok utama iaitu Blok A (Blok Menara Jam), Blok B (Blok Pentadbiran), Blok C (Blok Bilik Darjah), Blok D (Bengkel), Blok E (Pavilion), Blok F (Dewan) dan Blok G (Surau).
Pengetua pertama sekolah ini ialah Cik Rusnani bt Mohd Sirin yang mula menjalankan tugas pada 16 September 2003 hingga September 2005. Pengetua kedua yang bertugas di sekolah ini mulai 19 Ogos 2005 hingga 06 April 2015 ialah Tuan Haji Mohd Yusof bin Hassan. Tuan Hj. Mohd. Yusof b Hassan telah ditawarkan jawatan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya mulai 16 Januari 2008 dan kembali semula ke sekolah ini pada 3 April 2008 dengan jawatan Pengetua Cemerlang DG 52 yang berkuatkuasa mulai 16 Feb 2008. Pengetua ketiga yang melaporkan diri pada 22 April 2015 ialah Encik Ab Aziz Bin Mamat.
Pada tanggal 18 Nov 2020, Cikgu Kamaluddin b Mohd Kassim telah diangkat sebagai Pengetua ke-4 bagi mendepani cabaran baru persekolahan mendepani pendidikan di kala kemelut pendemik COVID-19 melanda dunia. Aspirasi digitalisasi dan norma baharu dalam pendidikan Malaysia menjadi tonggak utama beliau. Bersama menjaga sahsiah, budi pekerti, hormat menghormati dalam memancu ilmu dan rohani ekosistem intelek cerdik industi 4.0.
Semua murid diminta membuat Pendaftaran Kokurikulum bagi sesi 2022. Si...
LanjutanDisertakan surat makluman bagi Perjumpaan Unit Kokurikulum dan Sukan T...
LanjutanPUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 a...
LanjutanKUALA LUMPUR, 24 Januari- "Murid ceria, Guru bahagia, Sekolah bitara d...
LanjutanKUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menumpuk...
Lanjutan