Matlamat & Objektif

Category: Profil Sekolah Published: Sunday, 17 May 2015 Written by Administrator

MATLAMAT SEKOLAH

  • Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang
  • Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar  dalam bidang kokurikulum dan memperluaskan penyertaan kegiataan pelajar di luar  sekolah
  • Membina sahsiah pelajar yang sihat dan positif melalui konsep penambahbaikan berterusan ke arah pelanggaran disiplin sifar.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang untuk membentuk generasi Malaysia penyayang
  • Menggalakkan komitmen staf dan perkembangan ikhtisas staf melalui kursus dan program perkembangan staf

 

OBJEKTIF SEKOLAH

SMK Putrajaya Presint 16(1) sebagai institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah menengah sebagai persediaan ke peringkat pengajian tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif utama sekolah adalah mencakupi bidang-bidang berikut :-

  • Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Kecemerlangan kokurikulum.
  • Bimbingan dan pembentukan sahsiah.
  • Iklim sekolah yang kondusif.
  • Pengurusan dan pentadbiran yang cekap.
  • Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar.
Hits: 2823