Makluman Aktiviti 2018
KARNIVAL KRS DAN TKRS PERINGKAT PUTRAJAYA 2018
PERJUMPAAN MENTOR MENTEE KE-6
Perjumpaan Mentor Mentee ke-6 akan diadakan pada hari Isnin, 25 Jun 2018 jam 7.25 pagi hingga 7.55 pagi. Semua mentor akan mengadakan perbincangan sambil menikmati juadah hari raya bersama-sama dengan mentee masing-masing. Justeru itu, semua mentor mentee digalakkan membawa juadah hari raya bagi tujuan di atas. Bertemakan Aidil Fitri Wadah Perpaduan, mentor mentee juga dialu-alukan untuk mengunjungi 'jiran' mentor mentee yang berdekatan bagi membudayakan konsep kunjung mengunjungi. Semoga syawal akan mengikat kasih sayang antara kita semua. Salam Aidil Fitri. Terima kasih.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN MAHABBAH QASEH SYAWAL
Majlis Khatam Al-Quran dan Mahabbah Qaseh Syawal SMK Putrajaya Presint 16(1) akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Jun 2018 bersamaan 23 Ramadhan 1439H jam 10.30 hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Perdana, SMKPP16(1). Terima kasih.
WORLD #QURANHOUR 2018 / 1439H
WORLD #QuranHour SMK Putrajaya Presint 16(1) akan diadakan pada hari Khamis, 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Perdana, SMKPP16(1). Terima kasih.
MAJLIS IFTAR PERDANA & SOLAT TERAWIH 1439H/2018
Majlis Iftar Perdana dan Solat Terawih SMKPP16(1) 1439H/2018 akan diadakan pada hari Khamis, 31 Mei 2018 bertempat di Dewan Perdana SMK Putrajaya Presint 16(1). Atur cara majlis adalah seperti berikut:
6.00 petang : Pendaftaran murid dan guru
7.00 petang : Ketibaan tetamu dan VIP
7.22 petang : Majlis Iftar Perdana bermula
8.10 malam : Solat Maghrib/Bacaan Yasin dan Tahlil/Isya'/Solat Terawih & Witir
9.45 malam : Moreh dan bersurai
Terima kasih.