Home
AKTIVITI, KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN SMKPP16(1)
Klik FACEBOOK SEKOLAH untuk melihat aktiviti dan kejayaan SMK Putrajaya Presint 16(1). Terima kasih.
MAKLUMAN TERKINI
MAKLUMAN TENTANG MESYUARAT AGUNG BAGI UNIT KOKURIKULUM
Makluman awal berkaitan Mesyuarat Agung bagi Pasukan Badan Beruniform, Sukan & Permainan, Kelab Persatuan dan Rumah Sukan akan diadakan pada tarikh berikut. Pautan Google Meet untuk Mesyuarat Agung akan dimaklumkan kemudian.
Pasukan Badan Beruniform : 27 Januari 2021 (Rabu)
Sukan & Permainan : 3 Februari 2021 (Rabu)
Kelab & Persatuan : 17 Februari 2021 (Rabu)
Rumah Sukan : 3 Mac 2021 (Rabu)
MAKLUMAN PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS TAHUN 2021
Berikut merupakan surat makluman pemulangan dan pengambilan buku teks bagi tahun 2021 serta pelan pandu lalu bagi melancarkan proses pemulangan dan pengambilan buku teks. Sila klik pada pautan untuk rujukan.
Tarikh Pemulangan/Pengambilan Buku Teks | Surat Makluman | Pelan Pandu Lalu
MERUJUK KEPADA KENYATAAN MEDIA OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh KPM pada 16 Januari 2021, telah diputuskan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Januari 2021 (Rabu) hanya melibatkan murid tingkatan 5 2020 (Batch Guanxi). Sesi pembelajaran akan dijalankan mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM.
Tingkatan 1 hing ga Tingkatan 5 pula akan mengikuti pembelajaran melalui Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR). Jadual sesi pembelajaran akan diemelkan kepada murid.
Walau bagaimanapun, kaedah ini tertakluk kepada situasi semasa dan sebarang perubahan yang berlaku akan dimaklumkan oleh KPM terlebih dahulu. Terima kasih.
#DigitalLearningSTO #HebatkanSTO #HebatkanPutrajaya #STOpenyanyang #STOcakna #STOprihatin #staysafe
MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DILAKSANAKAN PADA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021
Sebagaimana yang diketahui umum, kerajaan telah mengumumkan PKP untuk beberapa buah negeri termasuk WP Putrajaya. Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh para ibu bapa dan murid STO.
1. Hanya calon SPM 2020 dan murid tingkatan 5 tahun 2021 yang akan hadir ke sekolah bermula 20 Januari 2021.
2. Jualan kelengkapan sekolah di koperasi ditutup bermula 13 Januari hingga 19 Januari 2021.
3. Segala makluman tentang pelaksanaan PdPr bagi murid tingkatan 1,2,3&4 akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
#stoprihatin #kitajagakita #staysafe
MAKLUMAN JUALAN BUKU DAN KELENGKAPAN SEKOLAH UNTUK TAHUN 2021
Koperasi STO akan mengadakan jualan buku dan kelengkapan sekolah bagi tahun 2021 seperti berikut. Para ibu bapa boleh merujuk senarai harga buku untuk maklumat lanjut. >> senarai harga buku.
MAKLUMAN PENANGGUHAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2021
Pendaftaran Tingkatan 1 yang akan dijadualkan pada 14 Januari 2021(Khamis) telah ditunda ke 20 Januari 2021(Rabu). Harap maklum dan terima kasih.
MAKLUMAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2021
Berikut merupakan surat makluman dan borang - borang yang perlu dimuat turun bagi tujuan pendaftaran Tingkatan 1 ambilan tahun 2021. Para ibu bapa boleh memuat turun semua borang tersebut untuk dilengkapkan dan dihantar pada hari pendataran Tingkatan 1 yang akan berlangsung pada 14 Januari 2021(Khamis). Sila klik link di bawah untuk memuat turun semua dokumen.
Carta Alir Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 | Tatacara Pengesahan Penempatan Tingkatan 1 | Surat Makluman Pendaftaran Tingkatan 1 | Senarai Semak Fail Profil Murid | Borang Maklumat Murid
Bagi murid yang ingin membuat pertukaran sekolah, ibu bapa boleh merujuk dokumen di bawah dan memuat turun dokumen tersebut untuk dilengkapkan sebelum menghantar kepada pihak JPWPP untuk tindakan selanjutnya. Borang tersebut hendaklah dihantar selepas 31 Disember 2020. Sebarang pertanyaan para ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah. Terima kasih.
Senarai Semak Borang Pertukaran Murid | Borang Pertukaran Sekolah
TEMUDUGA AMBILAN TINGKATAN 1 KAA TAHUN 2021
Berikut merupakan maklumat berkaitan dengan temuduga ambilan murid aliran KAA.
TELE PSIKOSOSIAL STO PRIHATIN
Sepanjang tempoh PKPB ini, guru dan murid bekerja dan belajar dari rumah. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling sedia membantu anak - anak khususnya ketika dunia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan semasa PKPB ini. Unit Bimbingan dan Kaunseling sedia dihubungi pada bila - bila masa. Sila klik pautan di bawah untuk menghubungi Unit Bimbingan dan Kaunseling serta borang tinjauan untuk perkembangan anak - anak STO.
Hubungi Kami | Borang Temujanji
ANUGERAH PENGETUA / PRINCIPAL'S LIST
Dimaklumkan bahawa Gred Purata (GP) yang memenuhi kriteria Anugerah Pengetua adalah seperti berikut:
KATEGORI MENENGAH RENDAH
EMAS : 0.00 - 1.00
PERAK : 1.01- 1.50
GANGSA : 1.51 - 2.00
KATEGORI MENENGAH ATAS
EMAS : 0.00 - 2.25
PERAK : 2.26 - 2.75
GANGSA : 2.76 - 3.00
Harap maklum dan terima kasih.
~ PAUTAN BORANG ~
Pelaporan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan ICT Tahun 2020
Pelaporan Pembacaan Buku Tahun 2020
Pelaporan Peserta Pengucapan Awam
Pelaporan Kemangkiran 2020
Pelaporan Guru Bertugas
Pelaporan Pencerapan Guru
e-Lapor Pemantauan Harian Pentadbir
e-Lapor Penggunaan Komputer/Netbook dalam PdPc
Laporan Penggunaan Komputer/Netbook untuk PdPc
e-Lapor Learning Walk
Pelaporan Jadual Guru Ganti
Pelaporan PLC 2020
e-Minit Curai
Pelaporan Aktiviti Murid
Pelaporan Bergambar Aktiviti Murid
Aktiviti Tambahan Guru
Daftar Perolehan Aset
Aduan Kerosakan Kemudahan Sekolah
e-Aduan Guru
Pelaporan Briged Siber
~ RUJUKAN PAUTAN DOKUMEN ~
Jadual Kelas Kecemerlangan SPM 2020 Via Google Meet