Lawatan Penanda Aras ke SMK Medini

Category: Laman Utama Published: Sunday, 02 October 2016 Written by Dihana Md Dardiri

 

Lawatan Penanda Aras ke SMK Medini, Nusajaya dan Taman Negara Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia) pada 24 & 25 Sept. melibatkan 68 orang murid dan 10 guru. 2 buah bas bertolak daripada sekolah pada pukul 8.40 pagi dan tiba di Kem Bina Negara, Gunung Pulai lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Setelah selesai solat, semua murid dan guru telah bertolak ke Taman Negara Tanjung Piai dan berada di situ sehingga pukul 5.00 petang. 

Pada hari Ahad, 25 September 2015, tepat pukul 7.15 pagi semua murid dan guru telah bersiap sedia untuk ke SMK Medini, Nusajaya, salah satu sekolah amanah di Johor Bahru. Setelah sampai di sana, pihak sekolah telah menyambut baik kedatangan rombongan daripada SMK Putrajaya Presint 16(1). Lawatan dikendalikan oleh murid-murid SVG (Student Voice Group). Kemudian murid SVG mengendalikan aktiviti bersama murid manakala guru-guru dibawa ke bilik SBC (Subject Based Classroom) untuk sesi perkongsian bersama pengetua dan guru SMK Medini.

Terima Kasih KWP, BTN & SMK Medini (Sekolah Amanah) atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua Pentadbir dan GP yang mengiringi serta semua pihak yang membantu.

Sila klik DI SINI untuk melihat foto.

Hits: 33100