Bengkel STEM

Category: Laman Utama Published: Sunday, 08 May 2016

 BENGKEL STEM (Science Technology Engineering & Mathematics) 2016

Bengkel STEM telah diadakan pada 2 sesi. Bengkel ini dikendalikan oleh 5 orang tenaga pengajar daripada HP Multimedia Sdn Bhd.

Sesi pertama diadakan pada hari Rabu (20/4/2016) pukul 2.00 - 5.00 petang di Makmal Komputer 2, SMK PP16(1). Peserta adalah terdiri daripada murid-murid tingkatan 4 seramai 20 orang.

Sesi kedua diadakan pada hari Sabtu (23/4/2016), pukul 8.30 - 12.30 tengahari. Murid-murid yang terlibat adalah tingkatan 1 dan 2.

Bengkel ini bertujuan mendedahkan murid-murid sekolah menengah dengan program “Embedded System” dan program “Rekabentuk Kejuruteraan" di mana para murid dapat mempelajari kemahiran pengaturcaraan komputer dan menambahkan pengetahuan sains dan teknologi serta aplikasinya. Tenaga pengajar mendedahkan mereka dengan perisian Arduino dan aplikasi Scratch.

Sila klik untuk melihat foto (20 April 2016)

Sila klik untuk melihat foto (23 April 2016)

 

 

Hits: 24118