Pusat Transit Remaja ~ kafe@teen

Category: Laman Utama Published: Wednesday, 05 April 2017 Written by Dihana Md Dardiri

 

Pada 02.04.217, Pusat Transit Remaja kafe@teen yang beroperasi di Aras 1 telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani binti Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.merupakan pusat transit remaja yang serba moden dan mesra remaja. Ia adalah pusat aktiviti di bawah kendalian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara bagi membantu remaja berumur 13 - 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan penuh keyakinan.

Pusat transit ini dikendalikan oleh pegawai LPPKN yang terlatih dan profesional serta pegawai perubatan bagi membantu golongan remaja khususnya bagi menangani masalah kesihatan lelaki dan wanita, penjagaan kulit, masalah perhubungan dan komunikasi remaja, seksualiti, berat badan dan isu merokok dan penyalahgunaan dadah.

Antara perkhidmatan lain yang terdapat di kafe@teen ialah bengkel dan seminar, kaunseling remaja, Kelab Sahabat, mini perpustakaan, aktiviti indoor, aktiviti sosial serta lain-lain program pembangunan.

Saya yang mewakili Tuan Pengetua ke Majlis Perbincangan bersama-sama Pengarah LPPKN Negeri dan ke Majlis Perasmian sangat berbangga kerana majoriti jumlah keahlian kafe@teen adalah anak-anak SMKPP16(1). Pihak kafe@teen juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa menyokong program-program yang dijalankan. Terima kasih juga kepada Pn Sarina & Pn Dihana yang turut menyertai Majlis Perasmian tersebut, memberi sokongan kepada anak yang menjadi ahli Kelab Sahabat kafe@teen.

Unit Bimbingan & Kauseling akan membawa anda ke sana untuk menjadi ahli Kelab Sahabat dan menjalankan aktiviti bersama-sama.

Jom sertai saya.

~Coretan diambil daripada Classroom Bicara Kaunselor, Ustazah Lazidah~

 

Displaying IMG-20170402-WA0016.jpgDisplaying IMG20170402130253.jpg

Displaying IMG20170402125737.jpgDisplaying IMG20170401114741.jpg

Hits: 19570