Pelancaran Program Jom ke Sekolah Peringkat Putrajaya

Category: Laman Utama Published: Sunday, 12 February 2017 Written by Dihana Md Dardiri

Pelancaran Program Jom ke Sekolah Peringkat Putrajaya anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan pada Isnin, 6 Februari 2017 pada jam 7.30 pagi di Dewan Perdana, SMK Putrajaya Presint 16(1). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Pesol bin Md Saad, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Harian, KPM. 

YDH SAC Dato’ Haji Zazali Bin Haji Hashim, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur  menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara. Turut hadir, YDH ACP Rosly Bin Hassan, Ketua Polis Daerah Putrajaya dan Yang Berbahagia Puan Roaini Binti Jaafar, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Hits: 25420